|
Butir - butir berikut adalah penting untuk difahami sebelum anda meneruskan
permohonan pembaharuan Sijil Akuan Pendaftaran Vendor.
|
| 1. |
Pembaharuan Sijil Akuan Pendaftaran ini dibuka kepada semua syarikat /
perniagaan yang telah berdaftar dengan Felda Holdings Bhd.
yang akan tamat tempoh pada tarikh seperti jadual berikut: :-
.
Tarikh Permulaan Pendaftaran | Tarikh Tamat Pendaftaran | Tarikh Tamat Tempoh Pendaftaran |
| 01/06/2010 | 30/06/2010 | 31/08/2012 |
|
| 2. |
Permohonan pembaharuan Sijil
Pendaftaran boleh dibuat dalam tempoh 90 hari. Hari
terakhir permohonan adalah 1 hari sebelum tamat tempoh perakuan sijil.
Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran 90 hari
sebelum tamat tempoh perakuan sijil. Jika pembaharuan pendaftaran diterima
selepas tamat tempoh perakuan sijil akan dikenakan denda. |
| 3. |
Pembaharuan diluluskan untuk tempoh
2 tahun sahaja. |
| 4. |
Permohonan pembaharuan yang diterima
selepas tarikh luput pendaftaran iaitu 2 tahun, tidak akan dipertimbangkan dan
jika syarikat masih berminat untuk berdaftar dengan FELDA HOLDINGS BHD.,
maka hendaklah mengemukakan permohonan baru pendaftaran. |
| 5. |
Pembaharuan Sijil
Akuan Pendaftaran hanya boleh dibuat secara atas talian (online)
melalui laman web eDaftar FELDA HOLDINGS BHD. iaitu di http://edaftar.felda.net.my
|
| 6. |
Maklumat yang diisi
mestilah benar, betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dengan
sendirinya terbatal.
|
| 7. |
Pemohon hanya dibenarkan
memohon tidak lebih dari dua (2) Bidang Utama dan tiga (3)
Sub-Bidang untuk setiap bidang utama serta nyatakan secara khusus
Aktiviti yang dipohon. Keutamaan Bidang yang
dipohon MESTILAH berdasarkan perniagaan teras Syarikat (Core
Business).
|
| 8. |
Pemohon yang ingin berdaftar dalam bidang KEJURUTERAAN DIWAJIBKAN
mempunyai sijil CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan bagi
bidang PERTANIAN mesti mempunyai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) kepala
VI.
|
| 9. |
Jika pemohon memiliki lebih dari satu syarikat / pegangan saham dalam syarikat
yang lain, hanya SATU syarikat sahaja yang dibenarkan
mendaftar.
|
| 10. |
Setiap permohonan
dikenakan Bayaran Pemprosesan sebanyak RM 50.00 (tidak
dikembalikan). Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos /
Bank Draf atas nama FELDA HOLDINGS BHD.
|
| 11. |
-
Sila catatkan nama syarikat anda di belakang Wang Pos / Bank Draf tersebut
untuk tujuan penyelarasan status bayaran.
-
Bayaran Pemprosesan hendaklah dibawa semasa menghadiri sessi temuduga pada
tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian.
|
| 12. |
FELDA HOLDINGS BHD.
TIDAK MELANTIK ORANG PERSEORANGAN ATAU AGEN BAGI URUSAN PEMBAHARUAN
PENDAFTARAN.
|