|
Butir - butir berikut adalah penting untuk difahami sebelum anda meneruskan
permohonan untuk berdaftar dengan FELDA HOLDINGS BHD.
|
| 1. |
Pendaftaran vendor ini terbuka kepada semua syarikat /
perniagaan yang diperbadankan / didaftarkan di Malaysia sahaja.
|
| 2. |
Berikut adalah jenis perniagaan yang tidak perlu didaftarkan
sebagai vendor FELDA HOLDINGS BHD :-
-
Firma Guaman
-
Agensi Kerajaan / GLC
-
Firma Perunding / Badan Profesional
-
Pembeli Barangan Hasil Syarikat Kumpulan FELDA
-
Firma / Agen Insurans
-
Hospital / Klinik
-
Pembekal Bahan Mentah (BTS / Getah Sekerap / Isi Sawit / Koko dll.)
-
Hotel / Resort / Restoran
-
Institusi / Perunding Latihan dan Pusat Pembelajaran
-
Firma Broker
-
Pembekal Tunggal (Sole Agent)
-
Syarikat / Agen Pengangkutan Laut dan Udara serta 'Forwarding Agent'
-
Pembekal Senjata dan Aksesorinya
|
| 3. |
Pendaftaran hanya boleh
dibuat secara atas talian (online) melalui laman web eDaftar
FELDA HOLDINGS BHD. iaitu di http://edaftar.felda.net.my
|
| 4. |
Maklumat yang diisi
mestilah benar, betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dengan
sendirinya terbatal.
|
| 5. |
Pemohon hanya dibenarkan
memohon tidak lebih dari dua (2) Bidang Utama dan tiga (3)
Sub-Bidang untuk setiap bidang utama serta nyatakan secara khusus
Aktiviti yang dipohon. Keutamaan Bidang yang
dipohon MESTILAH berdasarkan perniagaan teras Syarikat (Core
Business).
|
| 6. |
Pemohon yang ingin berdaftar dalam bidang KEJURUTERAAN MESTI mempunyai
CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan bagi bidang
PERTANIAN mesti mempunyai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) kepala VI.
|
| 7. |
Jika pemohon memiliki lebih dari satu syarikat / pegangan saham dalam syarikat
yang lain, hanya SATU syarikat sahaja yang dibenarkan
mendaftar.
|
| 8. |
Setiap permohonan
dikenakan Bayaran Pemprosesan sebanyak RM 50.00 (tidak
dikembalikan). Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos /
Bank Draf atas nama FELDA HOLDINGS BHD.
|
| 9. |
-
Sila catatkan nama syarikat anda di belakang Wang Pos / Bank Draf tersebut
untuk tujuan penyelarasan status bayaran.
-
Bayaran Pemprosesan hendaklah dibawa semasa menghadiri sessi temuduga pada
tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian.
|
| 10. |
FELDA HOLDINGS BHD.
TIDAK MELANTIK ORANG PERSEORANGAN ATAU AGEN BAGI URUSAN PENDAFTARAN.
|